Friday, August 31, 2007

Merdeka!!!!!!

Note: This post was postponed due to computer breakdown before I can even publish it. Thank god there's autosave. I love autosave. Blogspot rocks!!!

In conjunction with this 50th Years of Independence, I decided to blog in BM. I know, I know. Many people did it already. But I want to do also, can?

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-50, saya mengambil keputusan untuk menulis blog saya dalam Bahasa Melayu. Sekolah saya telah menyambut Hari Kemerdekaan ini pada 17th July lalu. Pihak sekolah telah merancang beberapa program-program untuk para pelajar. Antaranya termasuk satu perhimpunan rasmi dan para pelajar diminta untuk menulis mesej-mesej dan menggantungnya pada belon-belon. Walaupun dengan tulisan yang comot dan corak yang tak seberapa, saya akan mempamerkan mesej kami di sini. Terdapat 3 mesej saja kerana yang lain telah habis dipijak pelajar kerana mereka terlalu asyik memecahkan belon itu. Kawan-kawan saya dan saya tidak menghantar mesej kami kerana saya takut belon dan saya tidak meniup belon itu. Jadi, saya tidak menghantarnya.

Sebenarnya bagi saya, saya amat bersyukur yang kita dapat hidup di Malaysia. Walaupun terdapat banyak pertelingkahan tentang kerajaan dan sebagainya, bagi saya, baik kita terima saja dan tidak menimbulkan masalah. Saya tahu, ramai akan kata saya adalah penakut tetapi apa yang saya harapkan ialah hidup yang aman tanpa peperangan. Adakah kita mahu kembali kepada keadaan seperti 13th May? Dapatkah kita menukar keadaan negara kita melalui cara itu? Mungkin kamu akan kata yang saya ini jahil dan tidak tahu apa yang berlaku di dunia ini. Akan tetapi, saya hanya mahukan satu hidup yang aman damai. Saya takut dan tidak mahu peperangan sama ada perang saudara atau peperangan antara rakyat kita berulang. Memang ada jurang bangsa dan agama tetapi sekiranya kita lebih bertimbang rasa dan bertoleransi, sudah tentu segala-galanya akan beres.

Rakan-rakan saya dan saya menunjukkan cinta akan negara kami.


Shan Shan punya hasil karya. Cebisan Tuan *masterpiece*


Hasil contengan saya. =) Saya suka...



Cheng Ling yang kemas itu.

No comments:

Post a Comment